MUAFAKAT |
||
|
||
NAMA BADAN | Majlis Permuafakatan Guru Penolong Kanan 1 Sekolah Rendah Kebangsaan (MPGPKSR) Daerah Hulu Langat.
|
|
RASIONAL | Permuafakatan ke arah peningkatan mutu perkhidmatan.
|
|
OBJEKTIF | Merapatkan hubungan GPK I Daerah Hulu Langat di samping bertukar-tukar pendapat dan idea serta kerjasama menjana perkhidmatan.
|
|
KEAHLIAN | Semua GPK I Sekolah Rendah Daerah Hulu Langat wajib menjadi ahli.
|
|
KEAHLIAN AJK | Jumlah 17 orang. Terdiri daripada: Penasihat : Pegawai Pelajaran Daerah Hulu Langat Pengerusi : 1 orang Naib Pengerusi : 1 orang Setiausaha : 1 orang Naib Setiausaha : 1 orang Bendahari : 1 orang AJK : 10 orang Juruaudit : 2 orang
|
|
PENAMATAN AHLI | Ahli yang bertukar daerah dan bertukar jawatan (naik pangkat) akan secara automatik akan tamat keahliannya.
|
|
YURAN KEAHLIAN | RM 10.00 setahun termasuk GPK yang baru dilantik.
|
|
KEWANGAN | 1. Kutipan sumbangan ahli disimpan di dalam bank. 2. Dua jawatan utama boleh meluluskan pengeluaran wang sebanyak RM200.00 pada satu masa. 3. Perbelanjaan yang melebihi RM200.00 perlu mendapat kelulusan mesyuarat.
|
|
MESYUARAT AJK |
1. Diadakan mengikut keperluan,
sekurang-kurangnya 3 kali setahun. 2. AJK yang tidak hadir mesyuarat 3 kali berturut-turut tanpa sebab akan digugurkan. 3. Segala aktiviti yang dijalankan adalah atas rasa penuh tanggungjawab.
|
|
MESYUARAT AGUNG |
1. Dijalankan setahun sekali, sebelum akhir Mac. 2. Penyata Laporan Tahunan Aktiviti dan Penyata Kewangan Tahunan hendaklah dibentangkan. 3. Mesyuarat Agung Luar Biasa boleh dipanggil atas permintaan 2/3 ahli.
|
|
SUMBANGAN |
Sumbangan akan dikeluarkan kepada
perkara-perkara berikut: 1. Ahli sakit dan masuk hospital melebihi 3 hari : RM 30.00 dan kutipan. 2. Ahli meninggal dunia : RM 50.00 dan kutipan. 3. Ahli menunaikan Haji : Rm 50.00 dan kutipan. 4. Ahli bersara : RM 100.00 dan kutipan. 5. Hari Jadi : Kad Hari Jadi
|
|