MUAFAKAT

 

PERLEMBAGAAN

 

NAMA BADAN  

Majlis Permuafakatan Guru Penolong Kanan 1 Sekolah Rendah Kebangsaan (MPGPKSR) Daerah Hulu Langat.

 

RASIONAL  

Permuafakatan ke arah peningkatan mutu perkhidmatan.

 

OBJEKTIF  

Merapatkan hubungan GPK I Daerah Hulu Langat di samping bertukar-tukar pendapat dan idea serta kerjasama menjana perkhidmatan.

 

KEAHLIAN  

Semua GPK I Sekolah Rendah Daerah Hulu Langat wajib menjadi ahli.

 

KEAHLIAN AJK  

Jumlah 17 orang. Terdiri daripada:

Penasihat            : Pegawai Pelajaran Daerah Hulu Langat

Pengerusi            : 1 orang

Naib Pengerusi   : 1 orang

Setiausaha         : 1 orang

Naib Setiausaha : 1 orang

Bendahari          : 1  orang

AJK                   : 10 orang

Juruaudit           :  2 orang 

 

PENAMATAN AHLI  

Ahli yang bertukar daerah dan bertukar jawatan (naik pangkat) akan secara automatik akan tamat keahliannya.

 

YURAN KEAHLIAN  

RM 10.00 setahun termasuk GPK yang baru dilantik.

 

KEWANGAN  

1. Kutipan sumbangan ahli disimpan di dalam bank.

2. Dua jawatan utama boleh meluluskan pengeluaran wang sebanyak RM200.00 pada satu masa.

3. Perbelanjaan yang melebihi RM200.00 perlu mendapat kelulusan mesyuarat.

 

MESYUARAT AJK 1. Diadakan mengikut keperluan, sekurang-kurangnya 3 kali setahun.

2. AJK yang tidak hadir mesyuarat 3 kali berturut-turut tanpa sebab akan digugurkan.

3. Segala aktiviti yang dijalankan adalah atas rasa penuh tanggungjawab.

 

MESYUARAT AGUNG 1. Dijalankan setahun sekali, sebelum akhir Mac.

2. Penyata Laporan Tahunan Aktiviti dan Penyata Kewangan Tahunan hendaklah dibentangkan.

3. Mesyuarat Agung Luar Biasa boleh dipanggil atas permintaan 2/3 ahli.

 

SUMBANGAN Sumbangan akan dikeluarkan kepada perkara-perkara berikut:

1. Ahli sakit dan masuk hospital melebihi 3 hari : RM 30.00 dan kutipan.

2. Ahli meninggal dunia : RM 50.00 dan kutipan.

3. Ahli menunaikan Haji : Rm 50.00 dan kutipan.

4. Ahli bersara : RM 100.00 dan kutipan.

5. Hari Jadi : Kad Hari Jadi