MUAFAKAT 

KURSUS PENGURUSAN AKADEMIK BAGI PENOLONG KANAN

PEJABAT PELAJARAN DAERAH HULU LANGAT

HOTEL MERAK, MELAKA

MAJLIS PERASMIAN

(galeri gambar 2)

Pn Hjh Tipah binti Hassan, Pegawai Pelajaran Daerah Hulu Langat telah sudi hadir untuk merasmikan Kursus Pengurusan Akademik bagi Penolong Kanan Sekolah-sekolah Rendah Daerah Hulu Langat pada pagi Rabu, 3 Ogos 2005 di Dewan Laksamana, Hotel Merak, Tanjong Keling, Melaka. Antara intipati ucapan beliau, semua guru diseru agar menjalankan tugas dengan hati yang tulus ikhlas. Segala ilmu yang dicurahkan kepada murid atau pelajar akan kita terima ganjarannya pada satu hari nanti. Kalau baik cara pengajaran kita maka murid atau pelajar itu akan tetap mengenang kita. Di mana sahaja kita berjumpa dengan mereka, mereka tetap mengingati kita. Jika sebaliknya maka mereka tidak akan mengenang kita lagi malah mungkin membenci kita pula. 

Pn Hjh Tipah Hassan bersama dengan Pn NurulBadar Mohd Salleh

Pn Hjh Tipah sedang berucap pada Majlis Perasmian Kursus Pengurusan Akademik itu

PEGAWAI-PEGAWAI YANG MENYAMPAIKAN CERAMAH

En Musa bin Ismail, Ketua Unit Teknik dan Vokasional - Pengurusan Makmal Komputer dan Bengkel Kemahiran Hidup

Pn Ashah binti Samah, SMK Batu 8, Puchong-Ahli Jemaah Nazir (Unit Sekolah Cemerlang)-Sistem Fail

En Mashudi Khailani, Ketua Unit Sains dan Matematik - Pengurusan PPSMI

En Hasan Che Ling, Pen PPDHL - Pengurusan Sekolah Berkesan

Tn Hj Rajli bin Sukri, Penyelia Kanan SR - Mengatasi stress (menyanyi lagu Seroja)

Pn Suriani binti Samakon, Ketua Unit Bahasa - Pengurusan PLBS

Pn Nakiah binti Ahmad, SMK Jalan Empat, BBB - Pengurusan Peperiksaan Berkesan

Ustaz Mohamad Sabri bin Satar, Ketua Unit Pendidikan Islam dan Moral - Pengacara Majlis Perasmian Penutup

MAJLIS PERASMIAN PENUTUP

Pn NurulBadar binti Mohd Salleh selaku Pengarah Kursus berucap pada Majlis Penutup Kursus Pengurusan Akademik bagi Penolong Kanan Sekolah-sekolah Rendah Daerah Hulu Langat

Pn NurulBadar menyampaikan sijil kursus kepada wakil Penolong Kanan Zon Semenyih, En Mohd Saad bin Lazain

Pn NurulBadar tersenyum riang menyampaikan sijil kursus kepada wakil Penolong Kanan Zon Ampang

Ustaz Abdul Talib bin Hj Abdul Hamid, Penyelia Unit Pendidikan Islam dan Moral berdoa semoga kursus yang sudah berakhir diberkati Allah Azzawajalla

Bergambar ramai sebagai kenangan bersama Pegawai Pelajaran Daerah Hulu Langat  dengan Penolong Kanan Zon Cheras dan Ampang

   

SILA KLIK KE LAMAN KURSUS DI MELAKA 3